Kini Anda Boleh Memuat-Turun Dan Baca Komik Gempakstarz Secara Percuma Melalui ESentral

Kini Anda Boleh Memuat-Turun Dan Baca Komik Gempakstarz Secara Percuma Melalui ESentral

Diterbitkan pada Okt 26, 2020 oleh .

Majalah Gempak merupakan antara majalah tempatan popular yang mengetengahkan pelbagai kartunis dan pelukis melalui karya komik dan sebagainya. Selain majalah, penerbit disebaliknya turut menerbitkan sejumlah komik kompilasi, edisi terhad dan sebagainya.

Menariknya, bagi para peminat komik tempatan, kini anda boleh memuat-turun komik Gempakstarz terpilih secara percuma secara digital melalui perkhidmatan eSentral.

Anda boleh ke halaman Gempakstarz di eSentral, dan menambah pelbagai koleksi komik terbitan mereka secara percuma ke akaun anda, dan membacanya secara percuma.

Selain komik Gempakstarz, sejumlah buku digital lain turut ditawarkan percuma melalui eSentral hari ini.

Layari : Gempakstarz di eSentral



Paling Popular