Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit “Vegan Micrograin”

Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit “Vegan Micrograin”

Diterbitkan pada Okt 26, 2020 oleh .

Realme Malaysia hari ini mengumumkan penawaran Realme 7 Pro edisi khas, yang mana hadir dengan kerangka belakang berasaskan kulit “Vegan Micrograin“.

Melalui rekaan kerangka belakang edisi terhad ini, ia menawarkan gabungan warna jingga bersama warna kelabu, dan menjadikan ia tampak lebih cantik berbanding penggunaan kerangka biasa. Penggunaan rekaan berasaskan kulit “Vegan Micrograin” juga turut menawarkan lebih keselesaan ketika pengguna memegangnya.

Dari segi penawaran lain, Realme 7 Pro mengekalkan penawaran skrin 6.4-inci AMOLED, kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, serta sokongan pengecasan pantas 65W.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan model edisi terhad yang hadir dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1499.



Paling Popular