Cari @ Amanz

Mesin kira-kira ataupun lebih dikenali sebagai kalkulator ialah antara aplikasi yang paling kerap kami gunakan pada telefon pintar. Sebelum aplikasi, kalkulator mudah alih kami gunakan di sekolah dahulu untuk mempercepatkan proses kira-kira. Kesemua ini tidak akan menjadi realiti tanpa Texas Instruments CalTech yang merupakan prototaip kalkulator mudah alih pertama dunia.

Texas Instruments CalTech – Bonhams

Salah satu dari dua prototaip Texas Instruments CalTech akan dilelong oleh Bonhams pada 5 November kelak dan ia dijangka mencapai nilai di antara $30,000 ke $50,000 (RM135,000 – RM208,000). Prototaip yang dilelong adalah dimiliki oleh Jerry Merryman antara insan yang bertanggungjawab menciptanya pada tahun 1967. Ia dilelong oleh ahli keluarga selepas kematian beliau tahun lalu.

Kalkulator ini hanya melakukan kira-kira tolak, tambah, kali dan bahagi sahaja sehingga enam digit sahaja kerana had aksara skrin yang digunakan. Tetapi jawapan sehingga 12 angka boleh diberikan menggunakan mesin pencetak. Selepas dihasilkan, hakciptanya kemudian dijual kepada Canon yang kemudian memasarkan kalkulator Pocketronic pada tahun 1971. Walaupun “mudah alih”, Pocketronic adalah sebesar 1.1 kilogram. Pada tahun pertama sahaja, sebanyak 5 juta Pocketronic berjaya dijual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd