Cari @ Amanz

Pemakaian pelitup muka diwajibkan di Malaysia bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19. Tetapi semakin ramai menggunakan pelitup muka fabrik tanpa membasuhnya dengan kerap seperti yang disarkan KKM. Oleh itu pelitup muka yang boleh menghapuskan terus virus apabila ke muka telah dibangunkan oleh MIT.

Pelitup muka ini mempunyai kebuk udara yang dilengkapi elemen pemanas. Dari ujian yang dilakukan, koronavirus akan musnah diperangkap dan kemudian dipanaskan ke suhu 90 darjah Celsius. Sebuah bateri 9V digunakan untuk membekalkan kuasa kepada elemen pemanas yang terbina pada pelitup muka.

Sebuah lapisan neoprena diletakkan sekeliling elemen pemanas bagi melindungi muka pemakai dari haba. MIT telah mempatenkan rekaan pelitup muka ini. Mengapa ianya direka? Menurut MIT ia adalah khusus untuk kegunaan insan yang tidak boleh mengamalkan penjarakan fizikal dan pelitup muka ini mampu mengurangkan risiko mereka berbanding pelitup muka biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd