Apple AirPods merupakan antara fon telinga nirwayar yang popular di pasaran, dan mempunyai angka pengguna yang tinggi. Terbaru, menurut Bloomberg, Apple dikatakan sedang merancang untuk mengemaskini penawaran AirPods mereka pada awal tahun 2021 kelak.
Ia dikatakan Apple sedang membangunkan dua variasi AirPods buat masa ini. Pertama adalah AirPods versi asas, dan juga satu lagi adalah kemaskini kepada AirPods Pro sedia ada.
Ia dikatakan kemaskini rekaan untuk AirPods akan menawarkan saiz sedikit menyerupai AirPods Pro pada hari ini, dimana membawakan “ekor” yang sedikit pendek, dan juga tip telinga yang boleh digantikan.
Sementara untuk AirPods Pro pula, ia dijangka akan bersaiz lebih kompak, dan tidak menyertakan sebarang “ekor” padanya. Ciri premium seperti pembatalan hingar dijangka akan terus eksklusif untuk model ini.
Disamping kedua-duanya, Apple turut dijangka memperkenalkan sebuah fon kepala dibawah jenama AirPods.