Microsoft Merealisasikan Meme Xbox Series X – Hadir Dengan Peti Sejuk Dengan Rekaan Seumpama Xbox

Microsoft Merealisasikan Meme Xbox Series X – Hadir Dengan Peti Sejuk Dengan Rekaan Seumpama Xbox

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Ketika pengenalan Xbox Series X, walaupun ia dinantikan ramai, tetapi pada masa yang sama, ia turut diejek oleh ramai pengguna, dan hadir meme mengatakan Xbox Series X mengambil inspirasi sebuah peti sejuk.

Perkara ini menjadi bahan ejekan dan meme di arena internet. Tetapi, untuk Microsoft, mereka mengambil peluang dengan perkara ini, dan dilihat telah hadir dengan sebuah peti sejuk khas yang menawarkan rekaan sama seperti rekaan Xbox Series X.

Melalui video yang dikongsikan iJustine, ia turut memperlihatkan pencahayaan pada pintu peti sejuk, penggunaan warna hijau dalam peti sejuk tersebut, disamping bunyi sama seperti konsol berkenaan apabila pintu peti sejuk tersebut dibuka.

Menurut iJustine, hanya tiga peti sejuk sahaja dibuat oleh pihak Xbox, dan salah satunya akan diberikan kepada pengguna bertuah – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu bahan promosi untuk pihak Xbox.



Paling Popular