Proton X50 Dilancarkan Dengan Harga Bermula Dari RM79,200 Sebuah

Proton X50 Dilancarkan Dengan Harga Bermula Dari RM79,200 Sebuah

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan, harga jualan Proton X50 akhirnya didedahkan hari ini. Kereta yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ini bakal dijual pada harga bermula dari RM 79,200 sebuah untuk model Standard paling asas dan meningkat ke RM 103,300 sebuah untuk model paling premium TGDi Flagship dengan kesemua loceng serta wisel.

Selain dua model di atas, model Executive pula ditawarkan pada harga RM 84,800 sebuah dan model Premium pula ditawarkan pada harga RM 93,200 sebuah. Kesemua model menggunakan sistem gear automatik, enjin 1.5L turbocharge dan sistem infohibur Geely Key User Interface 19. Perbezaan hanya dilihat pada model TGDi Flagship dengan enjin lebih berkuasa dan juga sistem ADAS yang adalah dipertingkat dari yang digunakan pada X70 sebelum ini.



Paling Popular