Cari @ Amanz

Pada 21 September yang lalu, mahkamah Amerika Syarikat menghalang arahan yang diberikan oleh Jabatan Perdagangan A.S untuk mengharamkan muat turun aplikasi WeChat atas sebab keselamatan. Hari ini mahkamah rayuan telah menolak pula rayuan yang difailkan oleh Jabatan Perdagangan untuk menguatkuasakan halangan yang sama.

Rayuan ditolak selepas hakim mendapati jika WeChat diharamkan dari dimuat turun, ia akan mendatangkan kesan jangka pendek yang kekal kepada pengguna sehingga kes didengari semula pada Januari 2021. Dianggarkan setiap hari lebih 19 juta pengguna di Amerika Syarikat bergantung kepada WeChat untuk menghubungi sanak saudara dan rakan niaga di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd