Funtouch OS Dari Vivo Mungkin Akan Dijenamakan Semula Kepada Origin OS

Funtouch OS Dari Vivo Mungkin Akan Dijenamakan Semula Kepada Origin OS

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Funtouch OS adalah sistem operasi daripada Vivo yang dibina berasaskan Android. Seperti biasa, sistem operasi dari pengeluar China akan mempunyai modifikasi yang berat. Contohnya tema, banyak aplikasi terpasang, ciri dan fungsi serta kemampuan kustomasi. Tidak lupa juga dengan inspirasi dari iOS yang disertakan.

Sejak Vivo X50, Funtouch OS telah dikemaskini dengan lebih dekat kepada Android asli. Ia berbeza dengan Funtouch OS lama. Ia lebih kemas, lebih ringkas dan tidak banyak aplikasi sistem yang terpasang. Elemen Funtouch OS seperti ikon semua masih kelihatan. Terkini, terdapat khabar angin yang menyatakan – Funtouch OS mungkin akan berubah kepada Origin OS.

Origin OS ini dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan Vivo X60 tidak lama lagi. Pada asalnya, terdapat khabar yang Vivo akan menggunakan nama Jovi OS. Tetapi nampaknya nama itu tidak jadi digunakan dan mungkin terus khusus untuk elemen pintar dalam sistem operasi mereka sahaja.



Paling Popular