Western Digital Dan Dropbox Mengumumkan Kerjasama Untuk Menguji Cakera Keras UltraStar 20TB

Western Digital Dan Dropbox Mengumumkan Kerjasama Untuk Menguji Cakera Keras UltraStar 20TB

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Western Digital ialah syarikat pembuat storan digital yang terkemuka, dan Dropbox pula ialah perkhidmatan storan digital yang membantu orang ramai dan syarikat-syarikat menyimpan dan menghantar aset dan maklumat digital dengan cepat dan mudah.

Kedua-dua syarikat ini baru sahaja mengumumkan kerjasama dimana Dropbox akan mula menguji dan menggunakan storan WD Ultrastar DC HC650 dengan saiz storan 20TB.

Untuk memuatkan jumlah storan yang besar ini kedalam satu peranti storan, WD menggunakan teknologi Shingled Magnetic Recording untuk meningkatkan jumlah storan komponen tersebut sebesar yang mungkin.

Ini membolehkan syarikat-syarikat perkhidmatan storan seperti Dropbox untuk membelinya pada kos per TB (Terabyte) yang lebih rendah, disamping menggunakan mesin-mesin pelayan yang sedia ada untuk menaikkan jumlah storan digital yang dimiliki mereka pada skala exabyte yang lebih tinggi.

Ini juga membolehkan Dropbox untuk meningkatkan skala storan para pelanggan mereka dengan lebih cepat dan mudah, jika ia diperlukan.



Paling Popular