Cari @ Amanz

Razer baru-baru ini telah mengumumkan penawaran kerangka komputer terbaru, dinamakan sebagai Razer Tomahawk Gaming Chasis. Ia ditujukan kepada para peminat permainan video, dan hadir dalam dua saiz berbeza, iaitu Razer Tomahawk ATX dan juga Razer Tomahawk Mini-ITX.

Kerangka komputer ini hadir dengan penggunaan panel kaca pada bahagian tepi, sekaligus memudahkan pengguna memperlihatkan rekaan komponan dalaman, serta kemasan susunan wayar dan sebagainya. Ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan berasaskan cecair, selain penapis debut terbina.

Pihak Razer sekadar menyatakan yang mana Razer Tomahawk Gaming Chasis ini akan ditawarkan pada harga RM615.90 di Malaysia, dan boleh didapati melalui pengedar tempatan seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd