Razer Core X Chrome Kini Di Malaysia – eGPU Dengan Kuasa Tambahan Untuk Komputer Windows Dan Mac Anda

Razer Core X Chrome Kini Di Malaysia – eGPU Dengan Kuasa Tambahan Untuk Komputer Windows Dan Mac Anda

Diterbitkan pada Okt 27, 2020 oleh .

Bersama-sama pengenalan kerangka komputer Razer, mereka turut mengumumkan pengenalan Razer Core X Chrome. Ia merupakan sebuah eGPU (kerangka sambungan kuasa grafik luaran), yang boleh dihubungkan ke komputer riba Windows dan Mac melalui sambungan Thunderbolt 3.

Razer Core X Chrome ini menggunakan kuasa 700W, selain sambungan port Gigabit Ethernet dan USB, serta dilengkapkan dengan pencahayaan Razer Chroma.

Dengan langkah ini, anda boleh kekal menggunakan komputer riba sedia ada, dan menikmati kuasa grafik tambahan untuknya melalui penggunaan aksesori ini.

Pengguna turut boleh memasang kad grafik pilihan mereka dari NVIDIA GeForce RTX, GeForce GTX, Quadro, AMD XConnect, dan juga Radeon Pro bersama-sama kerangka luaran grafik ini.

Di Malaysia, Razer Core X Chrome ditawarkan pada harga RM1999.



Paling Popular