Razer hari ini telah mengumumkan penawaran dua komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Razer Blade 15 dan juga Razer Blade 17 Pro.
Razer Blade 15 hadir dengan pilihan skrin 4K OLED, cip pemprossan sehingga Intel Core i7 gen-10, kad grafik NVIDIA, serta sokongan paparan sehingga 300Hz.
Ia turut dilengkapi dengan penggunaan papan kekunci yang selesa untuk permainan. Komputer riba ini juga sesuai untuk penerbit kandungan yang memerlukan komputer berkuasa.

Razer Blade 17 Pro pula hadir dengan skrin pada resolusi sehingga 4K 120Hz atau 300Hz FHD, dijana cip Intel Core i7-10875H, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super, serta menawarkan rekaan yang kompak dan ringan.
Di Malaysia, Razer Blade 15 ditawarkan pada harga RM8999, sementara Razer Blade 17 Pro pula ditawarkan pada harga RM12499.