Cari @ Amanz

Masalah kosmetik pada sesebuah telefon pintar adalah perkara biasa. Ia pasti akan berlaku jika sudah menggunakan peranti dalam sesuatu tempoh. Kes lain yang boleh berlaku adalah kerap bertukar-tukar atau pasang dan tanggal kerangka. Isu kosmetik yang paling ketara adalah calar, cat tanggal atau warna pudar.

Terkini, peranti terbaru daripada Apple iaitu iPhone 12 dilaporkan telah mengalami masalah kosmetik. Unit iPhone 12 yang bermasalah ini adalah dari unit demo di kedai fizikal Apple di China. Masalah yang berlaku adalah cat yang tertanggal. Masalah ini berlaku kerana iPhone 12 ini bertukar-tukar tangan dek kerana ramai mencubanya di kedai Apple tersebut.

Ini menimbulkan persoalan, bagaimana jika iPhone 12 ini digunakan secara individu? Adakah kemasannya akan bertahan lama? Masalah cat tertanggal ini akan menjadikan rupa peranti kelihatan buruk dan usang. Peranti yang dijual pada harga melebihi RM3000 ini, sepatutnya adalah peranti premium. Adakah mungkin kerana Apple ingin menjimatkan kos, mereka menggunakan cat yang lebih murah?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd