Pelancaran Apple AirPower telah dibatalkan selepas setahun pelbagai usaha untuk memperbaiki kelemahan pada rekaan berakhir dengan kegagalan. Awal tahun ini mula kedengaran ura-ura projek pembangunan AirPower telah disambung dengan beberapa imej prototaip tertiris ke arena web.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2019/04/DBRAND-Apple-AirPower-001.jpg)
Hari ni Jon Prosser, peniris maklumat Apple yang boleh dipercayai menghantar ciapan bahawa projek pengecas nirwayar Apple ini telah sekali lagi dihentikan. Menurut beliau kesemua jadual menghasilkan prototaip dan ujian untuk AirPower telahpun ditarik sepanjang 2021. Ini mungkin bermakna segala usaha untuk merealisasikannya telahpun dibatalkan.
Sejak AirPower dibatalkan, Apple telahpun mengeluarkan pengecas nirwayar MagSafe untuk iPhone 12. Pengecas ini lebih kecil dan lebih pantas tetapi tidak mempunyai kemampuan mengecas iPhone pada mana-mana orientasi ia diletakkan pada pad.