Pelbagai syarikat kini dilihat mula hadir dengan peranti menggunakan rekaan skrin fleksibel – sekaligus membawa kepada rekaan peranti yang lebih unik dan berbeza berbanding kebiasaan pada pasaran.
Terbaru, selain telefon dengan skrin boleh-lipat, rekaan telefon dengan skrin boleh-gulung turut diperkatakan ramai. Menariknya, kini hadir sebuah video ke arena internet memperlihatkan prototaip telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-gulung.
Ia dikatakan dibangunkan oleh pihak TCL.
TCL dikatakan sedang membangunkan teknologi panel OLED fleksibel, yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai bentuk penggunaan.
Buat masa ini, TCL tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan bilakah mereka akan hadir dengan peranti berbentuk komersil menggunakan panel berkenaan.