China Akan Memegang 70% Pasaran LCD Dunia Tidak Lama Lagi

China Akan Memegang 70% Pasaran LCD Dunia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

BOE, TCL dan banyak lagi syarikat adalah antara syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan skrin untuk telefon pintar dari China. Percaya atau tidak, China akan menjadi negara yang memegang 70% pemasaran panel LCD tidak lama lagi. Syarikat seperti Samsung Display, LG Display, Innolux dan banyak lagi jauh tertinggal di belakang.

Syarikat yang mendahului pasaran ini adalah BOE dan juga CSOT. Chongqing HKC dan AU Optronics (AUO) turut ketinggalan. BOE sebelum ini telah pun mengambil alih loji pembangunan cip LCD dari CEC-Panda LCD Technology dan CSOT pula telah mengambil alih dari Samsung Display. Ini menjadikan BOE memiliki 12.71 juta kilometer persegi loji dan CSOT pula 8.58 juta. Kemudian, mereka berdua sahaja mencatatkan kutipan untung yang besar untuk separuh tahun 2020.

Menurut laporan, tahun 2021 akan menjadi tahun yang sibuk bagi BOE dan CSOT untuk penghasilan panel LCD untuk televisyen menjelang tahun 2021. Bercakap mengenai televisyen, TCL berjaya memasarkan 7.33 juta televisyen secara global. Pasaran di Amerika Utara pula meningkat 20% dari Januari sehingga Ogos, hasil dari Samsung Electronics, TCL, Vizio, Hisence dan LG Electronics.



Paling Popular