Instagram Kini Menyokong Instagram Live Sehingga 4 Jam
Aman
Instagram sedia menawarkan sokongan siaran langsung melalui aplikasi mereka, membolehkan anda menstrim diri anda bersama rakan-rakan lain, sekaligus membincangkan serta berkongsi pelbagai perkara. Sehingga kini, Instagram menyokong siaran Instagram Live sehingga sejam lamanya. Namun, kini perkara berkenaan berubah.
Melalui perubahan baru, Instagram Live kini disokong sehingga empat jam lamanya. Dengan langkah ini, pengguna boleh bereksperimen dengan sejumlah kandungan baru, termasuk berbentuk forum, konsert dan sebagainya.

Untuk menikmati ciri baru ini, anda perlu memastikan akaun anda dalam kedudukan yang baik, dan tidak melakukan perkara menyalahi terma.
Disamping itu, Instagram turut mengumumkan kini pengguna boleh menyimpan sesuatu penstriman langsung sehingga 30 hari lamanya, sebelumm ia dipadam.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.