Huawei nampaknya bukan sahaja mengemas kini siri Huawei Mate sahaja. Sebaliknya, dilihat turut bakal hadir dengan model terkini untuk barisan Huawei Nova tidak lama lagi. Maklumat tertiris mengenainya juga kini tersebar meluas di media sosial. Dikenali sebagai Nova 8, peranti pintar ini dilaporkan telah melepasi laman 3C di China.

Bukan satu, sebaliknya sehingga dua buah model telah tersenarai dengan kod nama JSC-AN00 / JSC-TN00 bersama maklumat pengecasan yang mempunyai kod pengecasan “HW-110600C00”. Menurut sumber, kedua-dua model ini mungkin turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas 66W. Ia berikutan, kod pengecasan dikongsi adalah kod yang sama pada siri Huawei Mate40 sebelum ini.
Desas-desus mendakwa JSC-AN00 / JSC-TN00 mungkin dikenali sebagai Huawei Nova 8 atau Nova 8 Pro. Seperti biasa, maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut bakal tertiris tidak lama lagi.