Cari @ Amanz

Tableapp, salah satu startup tempatan yang memfokuskan kepada tempahan meja makan di Malaysia yang memulakan operasi sejak tahun 2013, kini telah dimiliki oleh FunNow yang berasal dari Taiwan.

FunNow merupakan salah satu perkhidmatan yang menyenaraikan tawaran-tawaran saat akhir untuk aktiviti menarik di bandar-bandar terkemuka. Tawaran seperti kombo makanan, kafe, khidmat kecantikan, taman hiburan dan pelbagai lagi merupakan satu perkara yang dicari oleh golongan muda masa kini. FunNow menerima pelaburan dari Alibaba Entrepreneur Fund & CSV Venture Fund.

MaGIC MAP -IMG_7825

Menerusi pemilikan ini, FunNow kini boleh menyediakan perkhidmatan menempah meja makan yang telah dibangunkan TableApp. CEO TableApp Benson Chang pula akan menjadi Pengarah dan ketua operasi untuk FunNow & TableApp di Malaysia, dan menambah tawaran-tawaran FunNow untuk pasaran tempatan.

Sejak TableApp ditubuhkan sehingga kini, ia telah berjaya menempah tempat untuk 6.3 juta pelanggan dan pelabur mereka termasuklah Ganesh Kumar Bangah, 500 Startups, dan juga Crystal Horse Investment.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd