EMUI 11 Mungkin Adalah Sistem Operasi Android Terakhir Huawei Sebelum Peralihan Ke Harmony OS

EMUI 11 Mungkin Adalah Sistem Operasi Android Terakhir Huawei Sebelum Peralihan Ke Harmony OS

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

EMUI 11 adalah sistem operasi terbaru dari Huawei yang mana masih lagi berasaskan Android. Sedang jenama lain hadir dengan sistem operasi terbaru berasaskan Android 11, Huawei masih kekal dengan Android 10. Perbezaan antara EMUI 10 dan EMUI 11 juga hanya sedikit sahaja, itu pun lebih kepada aplikasi baharu dan sedikit perubahan visual.

Terkini menurut MyDrivers, EMUI 11 mungkin adalah sistem operasi Android terakhir dari Huawei. Kita mungkin tidak akan melihat EMUI 12. Kalau ada EMUI 12 pun ia bukan lagi Android. EMUI 11 ini turut dikatakan boleh dianggap sebagai apa yang pengguna akan temui dalam Harmony OS kelak. Kita sudah tahu yang Harmony OS kelak hanyalah kod asas yang akan menggantikan AOSP sahaja. Jadi perubahan visual tidak dinafikan akan mengekalkan lagi imej EMUI dari Huawei.

Versi beta sistem operasi baharu ini dilaporkan akan tiba seawal hujung tahun ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



Paling Popular