PM Menggesa Untuk Memudah Cara Perancangan Dan Pembinaan Infrastruktur Digital

PM Menggesa Untuk Memudah Cara Perancangan Dan Pembinaan Infrastruktur Digital

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menggesa semua pihak yang terlibat supaya memudah cara perancangan dan pembinaan infrastruktur digital, terutamanya di peringkat negeri dan kerajaan tempatan.

Langkah ini adalah dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi disediakan kepada para pengguna seluruh negara.

Seperti ramai sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah membawa kepada populariti penggunaan perkhidmatan digital dalam kekalkan operasi ekonomi, selain berhubung antara satu sama lain.

Selari dengannya, permintaan untuk internet yang pantas dan berkualiti kian meningkat dari hari ke hari. Selain sektor ekonomi, kini sektor pendidikan juga turut ke arah digital, disamping sejumlah sektor yang lain.

Dengan memudahkan lagi proses perancangan dan pembinaan infrastruktur, ia akan mempercepatkan lagi proses naiik-taraf jalur-lebar di kawasan-kawasan seluruh negara.



Paling Popular