Huawei baru-baru ini telah mengumumkan kaca mata pintar generasi baru mereka hasil kerjasama dengan Gentle Monster, iaitu Eyewear II. Menariknya, kini kaca mata pintar berkenaan turut hadir ke pasaran Malaysia.
Kaca mata pintar ini memudahkan anda untuk mendengar audio ketika memakai cermin mata, tanpa memerlukan sebarang aksesori tambahan.

Melaluinya, ia menawarkan rekaan yang kommpak, hadir dengan kelantangan audio setinggi 12dB, serta masa penggunaan bateri sehingga 5 jam lamanya.
Kaca mata pintar ini turut menyertakan sokongan gestur untuk kawalan mudah audio ketika memakainya.

Di Malaysia, kaca mata pintar Huawei Eyewear II ini ditawarkan pada harga RM1799.