Cari @ Amanz

Catcha Group sedia hadir dengan sejumlah perkhidmatan berasaskan web seperti iProperty, iFlix dan RevAsia. Terbaru, kini mereka telah memperkenalkan Instahome.

Instahome merupakan sebuah platform yang memudahkan proses sewa sesebuah rumah. Melaluinya, pemilik rumah boleh menyenaraikan rumah untuk disewa, sementara untuk penyewa pula, boleh melihat dan membuat pilihan rumah sewa yang menjadi pilihan hati melaluinya.

Ia dikatakan sekitar 60% penyewa mengadu yang mana kualiti rumah yang disenaraikan di portal hartanah biasa tidak memperlihatkan situasi sebenar, dan Instahome dijangka akan mengatasinya.

Melalui laman Instahome, ia memperlihatkan gambar beresolusi tinggi, selain turut memudahkan proses menyewa dilakukan terus secara atas-talian.

Bagi anda yang ingin melakukan carian rumah sewa, atau ingin sewakan rumah anda, mungkin boleh ke laman Instahome hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd