Cari @ Amanz

Beberapa bulan lalu, fail-fail dokumen dari Microsoft Office telah menerima sokongan untuk dibuka atau disunting terus menggunakan Google Docs, Sheets, dan Slides. Terkini, kemampuan ini telah dikembangkan lagi yang mana jika fail-fail ini disimpan dalam Google Drive – ia boleh terus dibuka ke mod suntingan bagi setiap dokumen tersebut.

Jadi tidak kira fail .docx, .doc, .ppt, .pptx, .xls, .xlsx atau .xlsm semuanya kini lebih mudah dan pantas untuk dibuka dan sunting. Sebelum ini, ia hanya menyokong ke mod pra-lihat sahaja yang mana kini boleh dipilih melalui menu tiga titik. Dengan sokongan ini, jika pengguna tiada perisian Microsoft Office ia sudah tidak menjadi masalah. Kerana aplikasi web Google ini boleh uruskan. Menarik sekali, format-format yang digunakan dalam dokumen asal akan kekal dan ketika selesai disunting ia akan disimpan dalam nama fail yang sama.

Jika pengguna telah menggunakan pemalam Office Editing for Docs, Sheets & Slides, Google Drive akan buka terus ke pemalam ini. Akhir sekali, fail yang dilindungi dengan kata laluan hanya akan dibuka dalam mod pra-lihat. Kemaskini akan diedarkan secara berperingkat seperti biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd