Apple Dijangka Akan Hadir Dengan iPhone Dengan Storan 1TB

Apple Dijangka Akan Hadir Dengan iPhone Dengan Storan 1TB

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran telefon pintar dengan storan sehingga 512GB, disamping beberapa model sedia hadir dengan storan 1TB. Terbaru, kini hadir dengan desas-desus yang memperlihatkan Apple mungkin hadir dengan iPhone dengan storan sebesar 1TB.

Peningkatan storan ini sedia dijangka ramai, selari dengan perkembangan industri, dan juga harga storan yang semakin berkurangan dari hari ke hari.

Apatah lagi, dengan penawaran kamera yang merakam video serta gambar pada resolusi tinggi – dan memerlukan saiz storan lebih besar.

Buat masa ini, desas-desus iPhone dengan 1TB ini masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi sama ada kita akan melihatnya seawal pada iPhone 13 tahun hadapan atau sebaliknya.



Paling Popular