Kajian Terkini Mendapati Antibodi Covid-19 Dalam Tubuh Berkurangan Selepas Jangkitan

Kajian Terkini Mendapati Antibodi Covid-19 Dalam Tubuh Berkurangan Selepas Jangkitan

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

Beberapa negara seperti Sweden mengambil langkah berani tidak melakukan perintah kawalan pergerakan kepada rakyat jelata kerana percaya Covid-19 akan dapat ditentang dengan imuniti kelompok. Menerusi teori ini, wabak dapat ditentang sekiranya kesemua warga dijangkiti Covid-19 dan selepas dirawat akan mempunyai antibodi bagi mengelakkan jangkitan kedua berlaku.

Tetapi teori ini menerima tamparan hebat menerusi kajian Real-time Assessment of Community Transmission (REACT) yang diterbitkan oleh Imperial College London. Dalam kajian ini  365,000 individu disaring bagi mengesan kehadiran antibodi Covoid-19. Di awal kajian 6% daripada kumpulan ini dikesan mempunyai antibodi. Tetapi selepas saringan kedua dilakukan, angka ini menurut ke 4.4% yang menunjukkan antibodi dalam tubuh berkurangan dengan masa dan tidak semakin bertambah mengikut teori imuniti kelompok.

Oleh itu vaksinasi secara kelompok adalah langkah terbaik pada waktu ini untuk mengembalikan kehidupan ke zaman pra-koronavirus. Keputusan kajian ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana 24 kes jangkitan semula telah dilaporkan di seluruh dunia sehingga bulan ini.



Paling Popular