Robotiz3d Melancarkan Robot Swapandu Yang Menampal Lubang Pada Jalan

Robotiz3d Melancarkan Robot Swapandu Yang Menampal Lubang Pada Jalan

Diterbitkan pada Okt 28, 2020 oleh .

Jalan yang berlubang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan kematian di Malaysia. Ini mengakibatkan ada beberapa individu mengambil langkah drastik menampal sendiri jalan berlubang sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Di United Kingdom, dianggarkan 18 juta lubang telah ditampal sejak sedekad lalu dengan kos melebihi £1 bilion.

Kerana kos yang semakin meningkat dan proses menampal mengambil masa yang lama, robot swapandu ARRES (Autonomous Road Repair System) yang menampal lubang jalan secara automatik telah dibangunkan oleh Robotiz3d. Projek ini bermula sebagai kerjasama di antara University of Liverpool dan a2e Industries. Dengan menggunakan kepakaran robotik dan kecerdasan buatan, ARRES akan menerima laporan dan kemudian terus pergi ke lokasi lubang untuk ditampal.

Penggunaan robot dilihat dapat mengurangkan kos buruh yang tinggi dan memastikan proses tampalan jalan raya dapat dilalukan tanpa membahayakan pekerja. Tambahan lagi dengan Covid-19 masih belum menujukan akan berkurangan di UK, penggunaan robot juga dilihat lebih selamat. Selepas dibangunkan selama empat tahun, ARRES disasarkan memulakan operasi di Liverpool seawal 2021.



Paling Popular