Cari @ Amanz

Empat model iPhone 12 dilancarkan tahun ini dengan iPhone 12 menjadi model pengganti kepada iPhone 11 tahun lalu. Walaupun dilihat sebagai model yang kurang berkuasa berbanding model Pro, sambutan awal dari pengguna adalah cukup menggalakkan sehingga Apple dilaporkan meningkatkan pengeluaran sebanyak 2 juta unit lagi dari jumlah asal.

Laman IT Home memetik Shanghai Securities berkata peningkatan pengeluaran ini berlaku selepas Apple melihat jualan awal iPhone 12 dan 12 Pro sejak seminggu lalu di beberapa pasaran gelombang pertama. Perbezaan di antara 12 dan 12 Pro hanyalah pada jumlah kamera utama serta saiz RAM. Ia dilihat sebagai model yang memadai kerana mengimbangi ciri serta harga jualan dengan baik.

Jualan iPhone 12 di Malaysia mungkin akan berlaku dalam masa beberapa minggu lagi dengan pra-tempahan telahpun dibuka. Memandangkan pola pembelian pengguna Malaysia mempunyai persamaan dengan global, kami turut meramalkan iPhone 12 akan menjadi model pilihan sama seperti iPhone 12 tahun lalu berbanding model Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd