Microsoft Dilaporkan Akan Mengubah Antaramuka Windows 10 Pada Tahun 2021

Microsoft Dilaporkan Akan Mengubah Antaramuka Windows 10 Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Okt 29, 2020 oleh .

Pada telefon pintar, perubahan antaramuka dilakukan setiap beberapa tahun selari dengan rekaan peranti yang turut berubah dengan mendadak mengikut peredaran zaman. Namun begitu pada sistem operasi komputer, ia hanya dilalukan dengan pengenalan versi terkini yang dilakukan sekitar tiga tahun sekali. Windows 10 kini sudah berusia lima tahun dan menurut Windows Central, Microsoft akan merombak antaramukanya pada tahun 2021.

Kemaskini antaramuka ini diletakkan di bawah Project Sun Valley yang menyasarkan perubahan pada tab Start, File Explorer dan Action Center. Perubahan dilakukan supaya ia akan lebih selari dengan rekaan yang digunakan pada Windows 10X. Perubahan juga dilakukan pada mod tablet untuk memudahkan lagi penggunaan skrin sesentuh.Pembangunan Sun Valley dijangka tamat sekitar Jun 2021 dengan versi akhir akan diberikan kepada pengguna menjelang penghujung 2021.



Paling Popular