Speaker Shower Power Menggunakan Aliran Air Sebagai Sumber Kuasa

Speaker Shower Power Menggunakan Aliran Air Sebagai Sumber Kuasa

Diterbitkan pada Okt 29, 2020 oleh .

Berkaraoke di dalam tandas ialah perkara normal yang dilakukan ramai orang bagi mengurangkan kebosanan. Bagi mereka yang inginkan iringan muzik, speaker bluetooth Shower Power telah dilancarkan dengan ciri unik menggunakan aliran air sebagai sumber kuasa.

Shower Power dilengkapi dinamo yang akan mengecas sebuah bateri 2600 mah. Ini kemudiannya membekalkan kuasa kepada pembesar suara untuk berfungsi selepas ditambat kepada peranti. Menurut pereka, bateri ini boleh dicas sepenuhnya jika air dialirkan selema 16 jam. Ia direka bukan sahaja untuk sistem pancuran air dari atas kepada tetapi boleh disambungkan ke paip pancuran air panas yang biasa digunakan di Malaysia.

Speaker ini juga akan hidup secara automatik apabila mengesan aliran air. Tiada butang kuasa perlu ditekan. Pembesar suara yang digunakan akan memberikan pengalaman audio 360 darjah apabila beroperasi. Kawalan muzik dilakukan menerusi butang pada pada bahagian atas ataupun sebuah alat kawalan jauh yang disertakan.

Tiga warna ditawarkan iaiatu hitam, putih dan kemasan logam. Tambah menarik Shower Power turut dihasilkan dari plastik yang telah dikitar semula. Pemasangan di rumah juga boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan bantuan tukang paip. Shower Power kini sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama Kickstarter dan boleh disokong pada harga $59 (~RM245) sebuah.



Paling Popular