Carian
Bugatti Bolide Diperlihatkan Dengan 1825 HP Dan Kelajuan Maksimum 500 km/j
October 29, 2020 Effi Saharudin

Dengan kenderaan elektrik semakin mendapat perhatian kerana dilihat lebih lestari serta mesra alam. Tetapi Bugatti masih belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kereta lumba dengan enjin konvensional. Semalam Bugatti Bolide telah diperlihatkan secara rasmi sebagai prototaip kereta hiper terkini mereka.

Bolide dilengkapi enjin W16 kuad-turbo yang sama seperti yang digunakan bagi Chiron tetapi menerusi penambahbaikan mampu menghasilkan 1825 kuasa kuda dan memberikan kelajuan maksimum melebihi 500 km/j. Kelajuan tinggi ini berjaya dicapai menerusi pengurangan berat lebih 700 kilogram berbanding Chiron. Ia hanya seberat 1240 kg yang memerikan nisbah berat kepada kuasa 0.68 kg/HP.

Bahagian bumbung dan corong udara pada bahagian atap juga boleh diubah bagi memberikan aliran udara paling optimum di litar. Bolide hanyalah sebuah kenderaan konsep pada waktu ini dengan mungkin akan hanya satu dihasilkan semata-mata untuk memecahkan rekod. Harga masih belum diumumkan tetapi dengan statusnya sebagai kereta hiper, pastinya mencecah puluhan juta ringgit.

Komen