Cari @ Amanz

Pertengahan bulan lalu OnePlus mengesahkan OnePlus 8T edisi khas Cyberpunk 2077 akan dilancarkan menerusi sebuah video acah rasmi. Hari ini Pete Lau, pengasas bersama OnePlus telahpun berkongsi imej terawal peranti edisi khas ini menerusi laman Weibo beliau.

Hanya sebahagian kecil peranti dapat dilihat iaitu bonggol kamera dan panel belakang. Tubuh peranti berwarna hitam dengan kemasan dan rekan grafik berwarna kuning dapat dilihat. Dengan permainan ini sendiri telah ditangguhkan ke bulan Disember 2020, pelancaran OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 ini juga pasti akan terjejas. Nantikan pelancaran rasminya serentak dengan permainan video dari CD Projelt Red yang amat dinantikan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd