Carian
Kini Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Di McDonalds – Termasuk Di Drive-Thru Dan McDelivery
October 29, 2020 Aman

Touch n Go eWallet dan McDonalds kini mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan para pengguna dompet digital berkenaan menggunakan kaedah pembayaran nirtunai di lebih 300 buah cawangan restoran McDonald’s di Malaysia.

Menariknya, selain pembelian dalam kedai, sokongan ini juga turut boleh digunakan ketika melakukan pembelian melalui Drive-Thru dan juga McDelivery.

Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi pengguna melakukan pembayaran nirtunai, dan menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan melalui dompet digital berkenaan.

Selari dengan pengumuman ini juga, pengguna ditawarkan pulangan tunai RM5 apabila membuat pembelian minimum RM25 di McDonalds, dan membuat pemmbayaran menggunakan dompet digital Touch n Go eWallet. Promosi ini adalah antara 2 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 kelak. Terhad kepada satu pulangan tunai, setiap pengguna.

Komen