Carian
Google Menguji Kemampuan Membanding Aplikasi Di Play Store
October 30, 2020 Fahim Zahar

Play Store adalah gedung aplikasi utama untuk persanti Android, tidak kira telefon atau tablet. Terdapat banyak aplikasi yang ditawarkan dari yang percuma sehinggalah berbayar. Aplikasi lebih kurang sama juga semakin banyak dan ia mengelirukan pengguna, yang mana satukah yang terbaik?

Google dilihat melakukan sekali lagi ujian A/B mereka. Pengguna terpilih kini akan melihat perbandingan aplikasi di butiran aplikasi yang ingin dimuat turun. Contoh yang sumber sediakan adalah, aplikasi pemain media. VLC yang dipilih, kemudian di bawah ada perbandingan antara MX Player, KMPlayer dan banyak lagi.

Perbandingan ini dilihat terhad kepada aplikasi popular sahaja. Data perbandingan juga mungkin berasaskan tindak balas yang pengguna berikan.

Komen