Sebuah lagi peranti dengan cip Snapdragon 690 kini dilancarkan secara rasmi. Dikenali sebagai LG K92 5G, ini merupakan sebuah lagi peranti terkini daripada jenama tersebut selepas melancarkan LG K62 dan LG K52, tempoh hari.
Untuk spesifikasi, LG K92 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ bersama paparan jenis berlubang. Melengkapinya juga adalah cip pemproses Snapdragon 690, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 4 .
Konfigurasi kameranya pula terdiri dengan empat lensa utama iaitu 64-Megapixel (f/1.8) (utama) + 5-Megapixel (f/2.2) (Ultra-Lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman) + 2-Megapixel (f/2.4) (Makro). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16-Megapixel (f/2.0).
Spesifikasi lain peranti lagi termasuklah perisian Android 10 terkini, NFC, sokongan bluetooth 5.1, sambungan port USB-C, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari di sisi dan tersedia dalam satu variasi warna sahaja iaitu Titan Gray Reflective Accents.