Google One Kini Menawarkan Langganan VPN Untuk Pelanggan 2TB

Google One Kini Menawarkan Langganan VPN Untuk Pelanggan 2TB

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Google One adalah perkhidmatan langganan storan awan premium dari Google. Ia memfokuskan kepada membuat sandaran peranti, khidmat bantuan pelanggan istimewa, pelbagai baucar diskaun, kredit untuk Google Play Store dan banyak lagi. Google One turut mempunyai aplikasi tersendiri, yang mana adalah aplikasi asas untuk membuat sandaran secara manual, akses khidmat bantuan pantas, dan beberapa lagi.

Terkini, Google One dilihat menawarkan langganan VPN pula. VPN adalah perkhidmatan untuk melindungi privasi dan data pengguna selain turut memberi sekuriti ketika berada di atas talian. Apa yang Google tawarkan adalah menyulit trafik Internet pada peranti agar tiada sumber luar dapat akses. Perkhidmatan seperti ini telah ditawarkan oleh Opera, Firefox dan kini giliran Google. Tetapi, buat masa ini masih tidak terbina dalam Chrome lagi.

Langganan VPN ini walau bagaimanapun, hanya terhad kepada kuota 2TB sahaja. Langganan ini turut termasuk Pro Session by Google One iaitu khidmat bantuan langganan berkaitan VPN. Selain itu tawaran pemulangan tunai turut diberikan sebanyak 10% sebagai kredit Google Store. Buat masa ini ia terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, dan United Kingdom sahaja. Penggunaan VPN ini juga terus terbina dalam aplikasi Google One.



Paling Popular