Cari @ Amanz

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 akhirnya telah dilancarkan ke pasaran global, dan Malaysia juga adalah diantara pasaran yang memperlihatkan kehadiran kad grafik tersebut.

Kad grafik ini memperlihatkan kemampuan gaming pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula tinggi, ataupun 4K60FPS pada beberapa permainan moden.

Di dalam artikel ini, kami akan mempamerkan tanda harga tempatan untuk pelbagai model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 yang hadir di pasaran.

Tanda-tanda harga ini dihantar kepada kami oleh jenama-jenama yang tertera, ataupun ditemui di kedai atas talian seperti Lazada ataupun Shopee. Kad-kad grafik ini sepatutnya sudah boleh dibeli di kedai-kedai komputer fizikal di seluruh negara.

Sayangnya, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Founders Edition tidak dijual di Malaysia.

ASUS

  • ASUS Dual RTX 3070 8G – RM2699
  • ASUS Dual RTX 3070 O8G – RM2899
  • ASUS TUF RTX 3070 O8G Gaming – RM3199
  • ASUS ROG STRIX RTX 3070 O8G Gaming – RM3399

GALAX

GIGABYTE/AORUS

  • GIGABYTE GeForce RTX 3070 Eagle 8G – RM2599
  • GIGABYTE GeForce RTX 3070 Eagle OC 8G – RM2799
  • GIGABYTE GeForce RTX 3070 Vision OC – RM2929
  • GIGABYTE GeForce RTX 3070 Gaming OC – RM2829
  • AORUS GeForce RTX 3070 Master 8G – RM3099

MSI

  • MSI GeForce RTX 3070 VENTUS 2X OC – RM2399
  • MSI GeForce RTX 3070 VENTUS 3X OC – RM2599
  • MSI GeForce RTX 3070 GAMING X TRIO – RM2799

ZOTAC

  • ZOTAC GAMING GeForce RTX 3070 Twin Edge OC – RM2499

Artikel ini akan dikemaskini dengan lebih banyak model NVIDIA GeForce RTX 3070 yang lain apabila kami menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd