IDC – Samsung, Huawei Dan Xiaomi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Pada Suku Lalu
Effi Saharudin
Angka terkini pegangan pasaran setiap pengeluar telefon pintar dunia telahpun diterbitkan oleh firma IDC. Samsung di kedudukan teratas dengan pegangan 22.7% pasaran diikuti oleh Huawei (14.7%), Xiaomi (13.1%), Apple (11.8%) dan Vivo (8.9%).

Perubahan terbesar ialah Xiaomi yang menunjukkan peningkatan 42% berbanding suku yang sama tahun lalu. Huawei pula menunjukkan penyusutan paling besar dengan -22% berbanding suku yang sama tahun lalu diikuti oleh Apple dengan -10.6%. Dalam situasi Apple ini berlaku kerana iPhone terbaru lewat dipasarkan tahun ini kerana Covid-19. Huawei pula kerana halangan perdagangan mula menunjukkan impak sebenar setahun selepas berkuat kuasa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.