OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition Akan Dilancarkan 2 November – Lagi Imej Tertiris

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition Akan Dilancarkan 2 November – Lagi Imej Tertiris

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Semalam imej pengolokan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition telah dikongsi sendiri oleh Pete Lau menerusi laman Weibo beliau. Tetapi hari ini tarikh pelancarannya telahpun disahkan berlangsung pada 2 November kelak di China.

Tidak diketahui apakah perbezaan dari segi spesifikasi yang akan dilakukan berbanding 8T versi biasa. Yang pasti ia akan hadir dalam warna dan kemasan dengan tema Cyberpunk 2077. Walaupun permainan video ini telahpun ditangguhkan ke bulan Disember, OnePlus merasakan pelancaran akan diteruskan mengikut pelan asal.

Selain itu imej rekaan panel belakang peranti juga tertiris dengan lebih menyeluruh berbanding imej acah semalam. Masih lagi belum cukup jelas dan kami yakin dengan tarikh pelancaran semakin hampir lebih banyak imej akan tertiris.



Paling Popular