iPhone 12 adalah siri peranti mercu terbaru dari Apple. Ia hanya akan tiba di Malaysia pada 13 November. Walaupun sudah tiada lagi pengecas dan set fon telinga, ia masih menjadi peranti yang dinantikan ramai orang. Ketiadaan pengecas dan set fon telinga ini adalah strategi Apple bagi menangani masalah sampah elektroni dan sekaligus megurangkan pencemaran alam sekitar.
Terkini, menurut laporan dari CNBC – pencemaran udara di China telah meningkat. Ia dikatakan berlaku disebabkan oleh penghasilan iPhone 12 yang dipercepatkan. Ini bermakna, kilang sentiasa beroperasi.
Pencemaran udara dilihat meningkat di kawasan Zhengzhou, iaitu kawasan yang terkenal dengan operasi pemasangan iPhone. Menurut penganalisa Morgan Stanley, menerusi data kualiti udara yang dikumpul Zhengzhou mencatatkan kualiti udara buruk berbanding data yang terdahulu yang selari dengan peningkatan pengeluaran iPhone yang lebih lewat berbanding tahun lalu.
Perkara ini akan menyebabkan penghasilan nitrogen dioksida yang mana boleh menyebabkan hujan asid, masalah kesihatan, masalah pernafasan, dan banyak lagi. Mungkin kerana permintaan iPhone 12 yang tinggi dan masalah penghasilan yang terjejas akibat Covid-19, kilang-kilang perlu menggandakan beroperasi bagi memenuhi permintaan pelanggan.