Cari @ Amanz

Bytedance Melancarkan Lampu Pintar Dengan Tutor Yang Membantu Pelajar Menyiapkan Kerja Rumah

Link Copied!

Kita kini hidup di dunia norma baharu dengan pembelajaran atas talian jarak jauh terpaksa dilakukan oleh pelajar sekolah dan kolej. Covid-19 mendedahkan kekurangan pada teknologi sedia ada seperti kualiti kamera kurang memuaskan, Internet tidak cukup pantas dan tenaga pengajar yang tidak bersedia untuk mengendalikan kelas atas talian.

Di China, Byedance – syarikat yang lebih terkenal dengan aplikasi TikTok telah melancarkan lampu pintar Dali Smart Tutoring Lamp T5 yang mempunyai tutor terbina untuk membantu pelajar menyiapkan kerja rumah. Dua lampu digunakan bagi mengelakkan bayang apabila pelajar sedang menulis. Dengan ini postur tubuh akan sentiasa tegak tanpa mendatangkan ketidakselesaan.

Kamera pada tangkai boleh digunakan untuk sesi telesidang untuk kelas atas talian atau ibu bapa memeriksa anak-anak di bilik. Kamera pada bahagian atas pula. melihat hasil kerja pelajar dan boleh membantu mereka menyelesaikan masalah matematik dan pembelajaran bahasa Ingeris. Kesemuanya menerusi perisian khas dengan kecerdasan buatan yang diakses menerusi sebuah skrin sesentuh pada bahagian tangkai lampu. Di China Dali Smart Tutoring Lamp T5 dijual pada harga RMB799 (~RM494) sebuah.


Komen ()