Cari @ Amanz

Terus memberikan yang terbaik, Vivo dilihat agak aktif dalam memperkenalkan sejumlah peranti baharu pada tahun ini. Paling terkini, mereka telah memperkenalkan siri Vivo V20 yang dijual pada harga bermula RM1,499.

Dalam perkembangan terkini, sebuah lagi peranti misteri terkini Vivo dengan sistem tri-kamera utama telah tersenarai di laman TENAA. Ia dilihat hadir dengan kemasan cerun pada panel belakang, selain dilengkapi modul kamera berbentuk segi empat dengan tiga lensa utama yang disusun secara menegak. Jika diteliti, salah satu daripada lensa dilihat sedikit besar berbanding dua lagi lensa lain. Seterusnya, sisi kanan pula adanya sejumlah butang yang mungkin berfungsi sebagai butang kuasa dan laras suara.

Masih tidak jelas mengenai paparan hadapannya, tetapi sumber mengatakan ianya bakal hadir dengan skrin berlubang. Selain, tiada sokongan pengimbas cap jari fizikal yang ditemui – sekaligus memberi gambaran, ianya mungkin hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin. Spekulasi mengatakan peranti dengan nombor model V2031EA ini mungkin akan dilancarkan sebagai Vivo X60 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd