Sony Kini Diberi Lesen Untuk Membekalkan Sensor Imej Kepada Huawei

Sony Kini Diberi Lesen Untuk Membekalkan Sensor Imej Kepada Huawei

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Masa hadapan Huawei kini boleh dikatakan sebagai nyawa di hujung tanduk akibat pelbagai sekatan yang dikenakan keatas mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Walaupun begitu, syarikat-syarikat seperti Intel, Samsung telah diberi lesen oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mula membekalkan komponen-komponen seperti CPU dan juga paparan skrin kepada Huawei semula.

Terkini, Nikkei Asia telah melaporkan bahawa Sony dan Omnivision pula kini diberi lesen untuk membekalkan semula sensor imej yang digunakan didalam kamera kepada syarikat teknologi China tersebut.

Walaupun begitu, masalah Huawei mengenai masa hadapan siri peranti pintar mereka masih belum berakhir lagi kerana mereka masih lagi perlu mencari jalan untuk mendapatkan komponen-komponen lain seperti memori, storan dan juga CPU.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) juga dilaporkan telah memohon untuk lesen perdagangan ini, tetapi masih belum menerima sebarang jawapan daripada kerajaan Amerika.

Menurut laporan tersebut lagi, TSMC telah berhenti membekalkan Huawei dengan cip-cip pemprosesan sejak September 15, dan buat masa ini, nampaknya tidak akan membekalkan sebarang komponen kepada mereka untuk bulan November dan Disember kelak.



Paling Popular