Cari @ Amanz

Sejak pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia, pelbagai perubahan telah kita alami. Ia juga telah menyebabkan semua rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak ini. Hal ini sekaligus telah menyebabkan wujudnya norma dan cara kerja baharu pada sesebuah organisasi, iaitu sistem bekerja dari rumah. Tetapi, ada juga diantara kita yang kurang gemar untuk bekerja dari rumah disebabkan masalah rangkaian internet yang dialami. Jadi, sekiranya anda bekerja dari rumah dan sedang mencari pakej internet yang menyeluruh, unifi ada jawapannya.

Menerusi kempen unifi Duniamu, anda boleh menikmati pakej Home Broadband dengan kelajuan internet yang baik, hiburan yang berpanjangan sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti harian anda apabila bekerja dari rumah. Hal ini adalah kerana, unifi menyertakan tiga penawaran dibawah pakej unifi Home Broadband, iaitu satu unifi Plus Box untuk setiap televisyen, satu peningkat Wi-Fi Mesh untuk setiap bilik, dan 1 kad SIM untuk setiap orang dengan rangkaian 4G LTE.

Terdapat lima jenis pakej yang ditawarkan dibawah pelan unifi Home Broadband ini, dimana kelima-lima pakej ini mempunyai tawaran yang hampir sama, namun apa yang membezakannya hanyalah komitmen bulanan yang perlu anda bayar, bergantung kepada kadar kelajuan internet yang anda pilih. Kelajuan internet yang ditawarkan adalah bermula daripada 30Mbps pada harga RM198 setiap bulan sehingga 800Mbps pada harga RM378 untuk setiap bulan.

Bagi setiap pakej yang anda langgan, anda boleh mendapatkan pengalaman menggunakan unifi TV dan unifi Mobile serta penawaran Wi-Fi Mesh Deco M9 Plus secara tambahan mahupun percuma bagi pakej 500Mbps dan 800Mbps. Untuk unifi TV, anda akan menerima satu set unifi Plus Box yang menjalankan Android TV. Melaluinya, anda boleh mengakses lebih 70 saluran premium bersama media penstriman Viu dan YuppFlix selama 6 bulan. Malah, melalui aplikasi unifi playTV ia menyokong untuk disambungkan kepada 5 buah peranti dalam masa yang sama.

Selain itu, dibawah setiap pakej yang anda pilih ini juga menyertakan penawaran unifi Mobile. Penawaran ini memberi anda peluang untuk menikmati data, panggilan dan SMS tanpa had, Hotspot LTE 10GB dan apa yang bagusnya tentang unifi Mobile ini, anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak.

Kemudian, apa yang membezakan kelima-lima pakej ini adalah kadar kelajuan internet yang ditawarkan dan penawaran-penawaran kecilnya. Bagi pakej 800Mbps dan 500Mbps, unifi menawarkan Wi-Fi Mesh percuma yang bernilai RM999. Pakej 300Mbps dan 100Mbps juga hadir dengan penawaran yang sama namun pakej ini tidak menyertakan Wi-Fi Mesh dengan percuma seperti pakej 800Mbps dan 500Mbps. Manakala bagi pakej 30Mbps, penawarannya hampir sama dengan pakej 100Mbps tetapi ia tidak menawarkan panggilan secara percuma kerana 20 sen akan dicajkan kepada pelanggan untuk membuat panggilan ke semua talian.

Meskipun pakej 300Mbps, 100Mbps dan 30Mbps tidak menyertakan Wi-Fi Mesh, anda masih lagi boleh mendapatkannya kerana unifi membolehkan anda untuk membuat tambahan bagi Mesh Wi-Fi pada harga RM15 dan RM35 untuk setiap bulan bergantung kepada model Wi-Fi Mesh yang anda pilih.

Oleh itu, sekiranya anda bekerja dari rumah dan sedang mencari pelan internet yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga, pelan jalur lebar unifi Home ini adalah antara pelan internet yang patut anda pertimbangkan untuk melanggan. Ini adalah kerana pelan ini sangat menyeluruh dan berguna untuk dinikmati seisi keluarga kerana pelan ini menyertakan unifi Plus Box, sim 4G LTE, dan juga peningkat Wi-Fi Mesh bergantung kepada pelan yang anda pilih.

Melaluinya, anda boleh menikmati rangkaian internet yang laju, hiburan daripada televisyen secara berterusan melalui lebih daripada 70 saluran, dan juga data, panggilan serta SMS tanpa had. Malah, apa yang lebih menarik, anda dapat berjimat sehingga RM200 setiap bulan sekiranya melanggan pelan daripada unifi ini kerana mereka menawarkan potongan harga. Namun, jika anda masih lagi meragui dengan penawaran daripada unifi ini, anda boleh mendapatkan sesi percubaan secara percuma untuk merasai pengalaman menggunakan pelan jalur lebar unifi Home selama 30 hari. Setelah mencuba dan berminat, anda kemudian boleh mendaftar melalui laman rasmi unifi dan membuat pengesahan untuk pemasangan jalur lebar unifi Home ini. Selepas pemasangan dibuat, anda sudah boleh bekerja di rumah dengan lebih produktif dan menikmati hiburan atas talian dengan lebih mengasyikkan.

Penafian: Advertorial daripada unifi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd