Cari @ Amanz

EpocCam ialah sebuah syarikat perisian kamera web yang boleh menjadikan peranti Android dan iOS anda menjadi sebuah kamera web yang kemudiannya boleh disambungkan ke perisian-perisian telesidang seperti Zoom ataupun Microsoft Teams.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Corsair, syarikat pembuat komponen dan aksesori komputer telah mengambil-alih EpocCam, dan kini ditempatkan dibawah jenama Elgato.

Pengasas EpocCam, Sami Grohn dilaporkan telah menyertai Elgato sebagai jurutera perisian utama (principal software engineer), dimana perisian tersebut telah dijenamakan semula di platorm iOS untuk integrasi lebih mudah dengan perisian Elgato yang lain.

Perisian EpocCam ini hadir dengan versi percuma ataupun Pro yang boleh dibeli pada harga RM34.90 pada platform iOS. Buat masa ini, aplikasi Android masih belum dikemaskini, dan masih belum boleh dimuat-turun lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd