Selangor Ingin Menjadi Negeri Dengan Liputan Perkhidmatan 5G Terbesar Di Malaysia

Selangor Ingin Menjadi Negeri Dengan Liputan Perkhidmatan 5G Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2021, sekaligus, berkongsi sejumlah perancangan untuk negeri berkenaan pada tahun hadapan.

Salah satunya, ia diumumkan Selangor berhasrat untuk menjadi negeri yang mempunyai liputan perkhidmatan 5G terbesar di Malaysia.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat telekomunikasi telah bersedia untuk memperkenalkan penawaran 5G masing-masing, dan menantikan agihan gelombang oleh pihak SKMM.

Kerajaan Sealngor berhasrat untuk hadir dengan infrastruktur 5G, sekaligus membolehkan pelbagai projek rintis dilaksanakan di Bangunan SUK 1.

Untuk tujuan projek rintis 5G ini, negeri Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta.



Paling Popular