Syarikat Perintis Tunas (Startup) sering bermain dengan pelbagai idea baru dan inovasi diluar fikiran, sekaligus membawa kepada sektor ekonomi baru. Namun, untuk memulakannya, pelbagai syarikat ini akan menghadapi tekanan dari segi sokongan kewangan.
Untuk tujuan berkenaan, kini Selangor hadir dengan Selangor Inovation Fund (Dana Inovasi Selangor). Melalui dana ini, ia akan membantu pelbagai syarikat baru hadir dengan inovasi dan idea menarik, serta berpusat di Selangor.
Dana Inovasi Selangor ini akan peruntukkan dana awalan sebanyak RM100 juta, sekaligus akan melengkapkan lagi inisiatif latihan usahawan SITEC sehingga kini.
Dengan langkah ini juga, ia dijangka akan terus memacu Selangor ke arah Negeri Pintar 2021, dan menjana enjin pertumbuhan ekonomi baru di Selangor.