Selangor Umum Inisiatif Data Internet Selangor – Menyediakan Sambungan Internet Mudah-Alih Mampu Milik

Selangor Umum Inisiatif Data Internet Selangor – Menyediakan Sambungan Internet Mudah-Alih Mampu Milik

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Bersama-sama sejumlah inisiatif digital untuk tahun 2021, melalui Belanjawan Selangor 2021, negeri berkenaan turut mengumumkan inisiatif Data Internet Selangor.

Ia diumumkan selari dalam usaha untuk memastikan agenda digital negeri Selangor dapat dinikmati semua, dan dirasai oleh segenap lapisan rakyat seluruh negeri tanpa tertinggal.

Data Internet Selangor ini ditujukan untuk golongan B40 di Selangor, dimana melaluinya sambungan internet pada harga mampu-milik akan disediakan. Menariknya, pakeh ini akan turut menyertakan penyelesaian pembelajaran dan keusahawanan yang turut boleh digunakan golongan sasaran secara produktif.

Langkah ini sekaligus akan mengurangkan jurang digital oleh golongan B40, tetapi pada masa yang sama membolehkan mereka mengakses pendidikan, selain menggunakannya untuk menjana pendapatan.

Selangor menyasarkan inisiatif ini dapat membantu sekitar 54,000 pengguna di Selangor, dan mengutamakan golongan mahasiswa, ibu tunggal, dan golongan berpendapatan rendah.



Paling Popular