Carian
Selangor Terus Akan Kembangkan Bidang ESukan – Peruntuk RM3 Juta Untuk 2021
October 30, 2020 Aman

Selangor sebelum ini sedia menganjurkan beberapa program untuk arena esukan, dan salah satu program yang popular di negeri Selangor adalah Selangor Cyber Games.

Bergerak kehadapan, Selangor kini akan peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk terus kembangkan bidang esukan di negeri berkenaan, sebagai salah satu agenda digital.

Inisiatif yang menyasarkan golongan belia di Selangor ini, akan turut menyediakan beberapa penganjuran acara kejohanan amatur, memberi latihan, serta membimbing belia dalam memasuki arena esukan.

Komen